slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Ahad, 17 April 2011

Misbun, Chong Wei berpisah


MISBUN (kanan) bakal diberi tanggungjawab baru untuk menggendalikan skuad pelapis negara

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) bakal memberi tugas baru kepada jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek untuk mengendalikan skuad pelapis negara.
Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai berkata, kemungkinan besar Misbun tidak lagi melatih pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei sebaliknya tugas tersebut akan diserahkan kepada Rashid Sidek dan Tey Seu Bock.
"Saya yakin bahawa Misbun dapat menerima keputusan itu kerana beliau (Misbun) kelihatan tenang ketika dimaklumkan mengenai perkara tersebut.
"Bagaimanapun keputusan rasmi mengenai kontrak Misbun hanya akan diumumkan pada Mesyuarat Exco BAM pada 28 April nanti," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Kejurulatihan dan Latihan Badminton di pejabat BAM di Stadium Juara Bukit Kiara semalam.
Ng berkata, ramai bertanyakan siapa yang akan menggantikan Chong Wei satu hari nanti, maka BAM telah memberi cabaran buat Misbun untuk membentuk satu kumpulan pemain yang berkaliber yang diharapkan akan menggantikan Chong Wei satu hari nanti sekiranya beliau bersara selepas Sukan Olimpik London 2012 nanti.
"Maka oleh sebab itulah kita menawarkan kontrak sedemikian kepada beliau (Misbun) dalam menjadi jurulatih kepada kumpulan pemain yang mampu diketengahkan ke dalam skuad elit suatu hari nanti," katanya.
Beliau berkata, BAM melihat kemampuan Misbun yang dilihat serasi mengajar pemain yang baru untuk ditawarkan kontrak selama dua tahun.
"Kita telah berbincang dengan ahli gabungan dan beberapa persatuan lain termasuk Majlis Sukan Negara (MSN), pemain dan penaja untuk kontrak Misbun yang akan disambung 2 tahun ini," katanya.
Selepas tiga bulan berdiam diri, pada 1 April lepas Misbun bersetuju kembali ke pangkuan BAM dan bersetuju untuk menarik balik surat peletakan jawatannya yang bertarikh 31 Disember lepas.
Isu peletakan jawatan Misbun yang juga jurulatih kepada Chong Wei mencetuskan kontroversi selepas beliau mengambil sikap berdiam diri.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, BAM membuat keputusan untuk melantik jurulatih pelapis perseorangan wanita Sekolah Sukan Bukit Jalil, Chi Shan Rong sebagai jurulatih perseorangan wanita kebangsaan.
"Shan Rong dilihat berdedikasi dan menunjukkan sifat kejurulatihan yang baik dan beliau yang dilihat terbaik untuk memikul tugas tersebut," kata Ng.
Manakala bekas pemain perseorangan wanita, Wong Mew Choo dilantik sebagai jurulatih pelapis perseorangan wanita.
"BAM percaya dia (Mew Choo) mampu mengendalikan tugas ini dan dia bolehlah mengendalikan skuad negara satu hari nanti," katanya. - Kosmo

1 ulasan:

Iklan Mangga