slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 12 April 2011

Pemain bola jual dadah


KUALA TERENGGANU: Kecewa tidak tersenarai dalam pasukan negeri, bekas pemain bola sepak Piala Presiden 2010 nekad mengambil jalan mudah bagi mengejar kekayaan dengan menjual dadah didalangi isteri berusia 34 tahun dari Kampung Lubuk Perah, Wakaf Tapai, Marang.

Rahsia kekayaan pemain bola sepak berusia 21 tahun dari Kampung Bukit Nangka, Tepuh, di sini, memiliki harta bernilai lebih RM200,000 termasuk wang simpanan lebih RM180,000 itu terbongkar selepas dia ditahan di rumahnya di Taman Tasik, Wakaf Dua, Bukit Payong, Marang, Sabtu lalu.

Dia yang memiliki sebuah Honda Ferio dan motosikal Honda EX5 ditahan bersama isteri dalam serbuan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) diketuai Inspektor Ershah Izzani Mohd kira-kira jam 9.30 malam yang dibuat berdasarkan maklumat awam.

Ketua JSJN negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid berkata, sebaik menghampiri kawasan rumah berkenaan, pihaknya mendapati pintu pagar terkunci dan selepas berjaya melepasi pagar, polis membuat pemerhatian melalui pintu kaca mendapati ada bayang penghuni dalam rumah sebelum mengarahkan mereka membuka kunci jeriji pintu utama rumah.

“Selepas beberapa kali mengarahkan penghuni kediaman itu membuka kunci jeriji mereka tetap mendiamkan diri, anggota polis terpaksa menggunakan alat untuk membuka jeriji pintu itu.

“Sebaik memasuki rumah, seorang wanita cuba meloloskan diri dengan meluru ke arah dapur sambil membimbit sebuah beg tangan, namun gagal apabila dia ditahan bersama seorang lelaki yang juga suaminya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini, semalam.

Menurutnya, pemeriksaan dalam beg tangan wanita terbabit mendapati ia mengandungi 30 botol heroin termasuk 10 botol yang disorokkan dalam satu bungkusan surat khabar Thailand.

“Berikutan rampasan dadah seberat 120 gram bernilai RM30,000 itu, pasangan berkenaan kini ditahan lima hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (semalam) yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori,” katanya.

Polis percaya pasangan terbabit aktif menjalankan kegiatan pengedaran dadah bukan sahaja kawasan Bukit Payong dan Wakaf Tapai, malah kawasan berhampiran dan tidak terkecuali membekalkan dadah kepada penagih di daerah lain di negeri ini.

Katanya, siasatan turut mendapati wanita terbabit memiliki rekod jenayah lampau dan pernah ditahan mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 pada 2007 lalu.

“Berdasarkan kertas surat khabar yang digunakan untuk membungkus dadah berkenaan, kita percaya heroin yang dirampas itu dibawa masuk dari Thailand,” katanya. - myMetro

3 ulasan:

  1. nak tahu, nak tahu....siapa tu.....
    Dpt hidup mewah kejap aje....dah ke tali gantung, nasib nasib.....

    BalasPadam
  2. dye bkn jual dadah sbb kecewa x trpilih untuk psukan ngri .dye pnjge gol utama psukan piala presiden trnggnu thun lpas dan jgak thun nie.dye trjebak dlm kegiatan trsebut krn istri dye.dye bru jew khwin akhir thun lpas

    BalasPadam

Iklan Mangga