slmt dtg

Pengikut

ads by mangga

HBeat

Selasa, 12 April 2011

Tusshar dakwa Preity guna botox


KIRI:TUSSHAR menegaskan dia meminati Preity sejak sekian lama.(Gambar kecil)BANDINGKAN antara wajah Preity yang dirakam pada tahun 2009 (foto kanan) dan 2011 (foto kiri).

AKTOR Tusshar Kapoor telah menimbulkan kontroversi apabila mendakwa aktres Priety Zinta telah menyuntik botox pada wajahnya. Dia dengan selambanya membuat kenyataan tersebut ketika muncul dalam program temu bual kelolaan pengarah Karan Johar, Kofee with Karan.
Dalam program tersebut, Tusshar dengan petah terus menjawab soalan-soalan demi soalan yang dilontarkan Karan terhadapnya.
Justeru, apabila Karan bertanya siapakah pada padangannya di kalangan rakan artis di Bollywood yang menyuntik botox pada wajah, Tussar dengan pantas menjawab: “Preity Zinta!”
Namun, apabila menyedari kenyataan itu akan menimbulkan kontroversi, dia membuat kenyataan bagi menutup kesalahannya itu kepada agensi berita India, IANS.
Katanya: “Adakah kenyataan saya itu akan menjadi kontroversi? Semua orang tahu apa yang saya perkatakan dalam program kelolaan Karan Johar itu merupakan suatu gurauan semata-mata.
“Saya tidak maksudkan apa yang saya katakan kerana ketika menjawab soalan Karan itu saya tidak terfikir tentang sesiapa pun tetapi tiba-tiba sahaja saya teringatkan Priety Zinta, lalu saya sebutlah nama dia. Saya memang jatuh cinta kepadanya sejak kemunculannya dalam filem Soldiers.” - Kosmo

2 ulasan:

  1. Preity memang pretty....aku pun minat kat dia....

    BalasPadam
  2. dia mmg cantik....biasa la org di dunia selebriti, kecantikan harus dikekal, botox pun botox lah janji cantik....duit pun ada....

    BalasPadam

Iklan Mangga